SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PING PONG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peraturan Permainan

PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG MSSM

1.             UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) dan Peraturan Am MSSM.

2.             JENIS PERTANDINGAN
2.1     Pertandingan Berpasukan
2.2     Pertandingan Individu

3.             ACARA
Setiap negeri yang mengambil bahagian boleh mendaftar:-
3.1     Satu pasukan lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah
3.2     Satu pasukan perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah
3.3     Satu pasukan lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah
3.4     Satu pasukan perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah
3.5     5 orang bagi acara perseorangan lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah
3.6     5 orang bagi acara perseorangan perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah
3.7     5 orang bagi acara perseorangan lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah
3.8     5 orang bagi acara perseorangan perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah
3.9     2 pasang bergu lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah
3.10   2 pasang bergu perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah
3.11   2 pasang bergu lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah
3.12   2 pasang bergu perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah

 4.             SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN
4.1     Pertandingan Berpasukan
4.1.1     Sistem Pertandingan: sila rujuk Peraturan Am ( 11 ) MSSM.
4.1.2     Format pertandingan
·        Tiap-tiap pasukan mengandungi 3 hingga 5 orang pemain.
·        Tiga orang pemain akan mewakili pasukan dalam sesuatu pertandingan.
·        Susunan perlawanan ialah mengikut Sistem Piala Swaythling seperti berikut:
A      lawan             X
B      lawan             Y
C     lawan             Z
A     lawan             Y
B      lawan             X
Mana-mana pasukan yang menang 3 perlawanan terlebih dahulu akan menjadi pemenang.
Tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan 3 kemenangan daripada 5 permainan.
Pasukan mesti melaporkan diri 15 minit sebelum perlawanan. Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan keputusan 3 – 0.

4.2     Kejohanan Individu
4.2.1      Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati.
4.2.2      Keutamaan pemain hendaklah disediakan oleh PTPS Ping Pong MSSM.
4.2.3      Dalam pertandingan bagi pemain berumur 18 tahun dan ke bawah:
4.2.3.1   Bagi acara PERSEORANGAN, tiap-tiap perlawanan  akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan sehingga peringkat suku akhir.
4.2.3.2   Perlawanan dalam peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh permainan.
4.2.3.3   Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan.
4.2.4      Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan.
4.2.5      Dalam pertandingan bagi pemain berumur 12 tahun dan ke bawah, semua perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan.
4.2.6      Satu minit rehat akan dibenarkan di antara dua permainan.
4.2.7      Setiap pemain dibenarkan mengambil sekaliTime-out” sahaja dalam satu perlawanan dan tempoh masanya ialah satu minit.
4.2.8      Pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum perlawanannya dimulakan.
  
5.             KELEWATAN
Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat dan selepas  itu  pihak  lawannya  akan  diberikan  kemenangan  percuma  dengan 11–0, 11–0, 11–0 (3–0).

6.             CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
6.1     Cara memberi mata :
2 mata        ― bagi setiap pertandingan yang menang
1 mata       ― bagi setiap pertandingan yang kalah
0 mata        ― bagi setiap pertandingan yang kalah kerana tidak bertanding atau pertandingan yang tidak ditamatkan.

6.2     Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka keputusan-keputusan perlawanan antara pasukan yang berkenaan sahaja diambil kira dan pemenang akan ditentukan mengikut perkara 3.7.5 ( Group Competitions ) Undang-Undang ITTF.

7.             PAKAIAN

Sila Rujuk Peraturan Am ( 9 ) dan Undang-Undang ITTF 3.2.2.2. Pakaian ( Baju T dan seluar ) tidak boleh berwarna yang sama dengan warna bola ping pong yang digunakan.

8.             GELANGGANG DAN PERALATAN
8.1      Ruang permainan setiap gelanggang sekurang-kurangnya 12 m, 6 m, 15 m.
8.2      Setiap gelanggang hendaklah dipagar dengan ‘surrounds’ berwarna tua yang sama setinggi 75 cm.
8.3      Bola jenama TIBHAR 3 Star berwarna Oren/jingga akan digunakan.
8.4      Getah Raket. Getah raket yang disenaraikan dalam list ‘AUTHORISED RACKET COVERINGS ITTF‘ yang berkuatkuasa semasa sahaja boleh digunakan dalam kejohanan ini.
8.5      Getah ‘long pimples’ dan ‘anti-spin’ tidak dibenarkan untuk kategori umur 12 tahun dan ke bawah.

9.             PERTUKARAN PEMAIN
9.1      Pengurus Pasukan hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Pertukaran Pemain dan menyerahkannya kepada Pengerusi Pertandingan. Jawatankuasa pengelola, berhubung dengan segala pertukaran mengganti pemain-pemain yang tidak hadir, sebelumnya mulanya Mesyuarat Pengurus Pasukan.
9.2      Bagi acara bergu, seseorang pemain dari satu pasangan dibenarkan bertukar dengan pemain pasangan yang satu lagi dari gabungan yang sama, dengan syarat kedudukan baru antara dua pasangan yang terlibat itu akan ditentukan semula secara undian.

10.         BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah di buat dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan mengikut undang-undang ITTF ( 3.3.3.) dan perkara 13 Peraturan Am MSSM.

11.         JURI RAYUAN
Sila Rujuk perkara 13 Peraturan Am MSSM

12.         PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Sila rujuk perkara 19 Peraturan Am MSSM 

3 comments:

  1. Bagaimana untuk mendapatkan khidmat umpire ping pong yang diiktiraf. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Umpire brtauliah TTAM boleh diapply ke persatuan ppong negeri masing masing & bersedia mmbayar elaun harian serta kemudahan lainnya

    ReplyDelete
  3. getah medium pimple ox (tanpa span) boleh digunakan ikut peraturan mssm bawah 12 tahun?

    ReplyDelete