SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PING PONG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Thursday, March 26, 2015

Keratan Akhbar

Pada 26 Mac 2015, akhbar Sin Chew edisi Johor juga telah menyiarkan tentang kejayaan pasukan Johor yang menduduki tangga Ke-8 dalam Kejohanan Ping Pong MSSM 2015. Pasukan Johor berjaya mendapat 2 pingat gangsa iaitu dalam acara Berpasukan Lelaki Bawah 18 Tahun dan Bergu Perempuan Bawah 18 Tahun.

Akhbar Sin Chew ~ 26 Mac 2015

Akhbar Sin Chew ~ 17 Mac 2015


Saturday, March 21, 2015

Kejayaan Pasukan Negeri Sembilan

Tahun ini pasukan Negeri Sembilan telah meraih kejayaan yang memberangsangkan dalam Kejohanan Ping Pong MSSM 2015 dengan merangkul 1 pingat Perak dan 4 pingat Gangsa. Kemenangan ini merupakan pencapaian terbaik dan telah meletakkan Negeri Sembilan di tangga ke-5 dalam kalangan semua negeri yang bertanding. Kejayaan Kontinjen Negeri Sembilan telah disiarkan melalui akhbar Sin Chew dan China Press hari ini, 21 Mac 2015. Tahniah kepada Pasukan Negeri Sembilan!






Friday, March 20, 2015

Selamat Jalan kepada Semua Kontinjen

Setelah berada di ibu kota selama 7 hari untuk Kejohanan Ping Pong MSSM 2015, masa telah tiba untuk semua kontinjen pulang ke negeri masing-masing. Kepada semua kontinjen, diucapkan 

SELAMAT JALAN..
dan
SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI..

JUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN!


Kontinjen Labuan bersedia ke Lapangan Terbang

Kontinjen Sarawak menikmati hidangan KFC di KLIA sementara menunggu penerbangan balik ke Miri, Sibu dan Kuching

Kontinjen Kelantan telah selamat sampai di Kota Bharu

Penghargaan

Ucapan setinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, khususnya Unit Sukan selaku pengelola kejohanan, ahli-ahli jawatankuasa pengelola, PTPS MSSM dan MSSN, pengadil kejohanan, pegawai kejohanan, rakan penaja Ping Pong MSSM iaitu Milo dan Hurricane, pegawai kontinjen negeri, jurulatih, atlet, ibu bapa dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Ping Pong MSSM 2015. Syabas!



Johan Keseluruhan

Johan Keseluruhan Kejohanan Ping Pong MSSM 2015 jatuh kepada Negeri Selangor manakala Naib Johan telah diraih oleh Negeri Sarawak. Piala Iringan telah disampaikan oleh Encik Zubir bin Chi Din, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Ketua Kontinjen Selangor dan Sarawak.


Naib Johan Keseluruhan ~ Sarawak

Johan Keseluruhan ~ Selangor
Di samping itu, pasukan Selangor juga telah berjaya menjadi Johan untuk semua Acara Berpasukan iaitu

-  Johan Berpasukan Lelaki Bawah 18 Tahun
-  Johan Berpasukan Perempuan Bawah 18 Tahun
-  Johan Berpasukan Lelaki Bawah 12 Tahun 
-  Johan Berpasukan Perempuan Bawah 12 Tahun

Tahniah dan Syabas kepada Kontinjen Selangor!


Piala Pusingan disampaikan kepada Ketua Kontinjen Selangor, Pn Hjh Foziah bt Hj Mohd Azahari, PPD Kuala Langat

Ranking Pemain Bawah 18 Tahun

Pemain Lelaki Bawah 18 Tahun

   1.   Leong Chee Feng (SL)
   2.   Wong Chun Cheun (KL)
   3.   Ch'Ng Yik Min (KL)
   4.   Choong Javen (KL)
   5.   Chua Tzong Lin (KL)
   6.   Mohd Syazwan Salmi (KD)
   7.   Lam Chee Yin (SL)
   8.   Nelson Lam Zi En (SB)

Pemain Perempuan Bawah 18 Tahun

   1.  Alice Chang Li Sian (SK)
   2.  Oh Yong Xin (PP)
   3.  Catherine Chan Zhe Yen (SK)
   4.  Boon Yu Jing (NS)
   5.  Crystal Tiong (SK)
   6.  Vivian Ng Jun Zi (SL)
   7.  Tey Ka Ying (JH)
   8.  Kuan E Xian (SL)
    


Pemain Terbaik

Bagi setiap kategori yang dipertandingkan, 8 orang pemain terbaik telah dipilih. Tahniah kepada semua pemain!


 8 pemain terbaik Perempuan Bawah 12 Tahun


8 pemain terbaik Lelaki Bawah 12 Tahun

8 pemain terbaik Perempuan Bawah 18 Tahun

8 pemain terbaik Lelaki Bawah 18 Tahun

Thursday, March 19, 2015

Penyampaian Hadiah Acara Perseorangan Bawah 18 Tahun

Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun

Tempat Ke-3 ~ Choong Javen (KL)

Tempat Ke-3 ~ Ch'ng Yik Min (KL)

Naib Johan ~ Wong Chun Cheun (KL)

Johan ~ Leong Chee Feng (SL)


Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun


Tempat Ke-3 ~ Catherine Chan Zhe Yen (SK)

Tempat Ke-3 ~ Boon Yu Jing (NS)

Naib Johan ~ Oh Yong Xin (PP)

Johan ~ Alice Chang Li Sian (SK)


Penyampaian Hadiah Acara Perseorangan Bawah 12 Tahun

Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada semua pemenang Acara Perseorangan telah disempurnakan oleh Encik Zubir bin Chi Din, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat, JPWPKL. 

Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun

Tempat Ke-3 ~ Amos Ling Yi Heng (SL)

Tempat Ke-3 ~ Wong Qi Shen (KL)

Naib Johan ~ Lee Yee Jat (SK)

Johan ~ Tan Yi Heng (SL)


Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun

Tempat Ke-3 ~ Shafiqah Athirah (SB)

Tempat Ke-3 ~ Lee Kar Ern (NS)

Naib Johan ~ Foo Sze Hui (SK)

Johan ~ Soo Mi Yi (PP)


Penyampaian Hadiah Acara Bergu Bawah 18 Tahun


Bergu Lelaki Bawah 18 Tahun

Tempat Ke-3 ~ Mohd Syazwan & Khek Ying Ler (KD)

Tempat Ke-3 ~ Mohd Amir & Yong Swee Wang (NS)

Naib Johan ~ Wong Chun Cheun & Choong Javen (KL)

Johan ~ Leong Chee Feng & Lam Chee Yin (SL)


Bergu Perempuan Bawah 18 Tahun

Tempat Ke-3 ~ Tee Ai Xin & Tey Ka Ying (JH)

Tempat Ke-3 ~ Eng Yuh Jing & Oh Yong Xin (PP)

Naib Johan ~ Khor Chia Min & Kuan E Xian (SL)

Johan ~ Amanda Wong & Vivian Ng (SL)


Penyampaian Hadiah Acara Bergu Bawah 12 Tahun


Hadiah dan sijil kepada semua pemenang Acara Bergu telah disampaikan oleh Puan Lucia Quek, Ketua Sektor Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan KPM.

Bergu Lelaki Bawah 12 Tahun

Tempat Ke-3 ~ Benjamin Thian & Wilson Kiu (SK)

Tempat Ke-3 ~ Lee Yee Jat & Boon Jia Xian (SK)

Naib Johan ~ Wong Qi Sheng & Mohd Fazari (KL)

Johan ~ Tan Yi Heng & Amos Ling (SL)


Bergu Perempuan Bawah 12 Tahun

Tempat Ke-3 ~ Ow Yao Pin & Lau Zhi Xuan (PP)

Tempat Ke-3 ~ Tan Yin Yi & Chin Wen Li (KL)

Naib Johan ~ Lee Kar Ern & Tee Xin Yee (NS)

Johan ~ Look Lee Peng & Soo Mi Yi (PP)