SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PING PONG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tuesday, February 16, 2016

Lawatan Tapak Ke Venue Kejohanan

15 Februari 2016


Pasukan PTPS Ping Pong MSSN bersama-sama Penyelaras Ping Pong MSSM, Puan Nur Asmara Diana Abdullah dan PTPS Ping Pong MSSM, Encik Lee Su Hau telah membuat lawatan ke venue Kejohanan Ping Pong MSSM 2016 pada 15 Februari 2016 (Isnin). Turut hadir bersama dalam lawatan tapak adalah Ketua Unit Sukan JPN Kelantan, Encik Muhammad Nuzulhan bin Muhammad Zain dan pegawai-pegawai Unit Sukan JPN Kelantan. 



Pada tahun ini, Kejohanan Ping Pong MSSM 2016 akan diadakan di dua dewan yang berlainan iaitu Dewan Maktab Sultan Ismail (SIC) dan Dewan Hj. Yaacob, SMK(A) Naim Lilbanat. Acara Bawah Umur 12 tahun akan dipertandingkan di Dewan Maktab Sultan Ismail manakala Acara Bawah 18 Tahun akan diadakan di Dewan Hj. Yaacob, SMK(A) Naim Lilbanat.



Maktab Sultan Ismail












PTPS bergambar bersama-sama Ketua Unit Sukan, Penyelaras MSSM BS dan Pengetua SIC


SMK(A)Naim Lilbanat









Perbincangan antara Ketua Unit Sukan JPN, Penyelaras MSSM dan PTPS Negeri Kelantan