SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PING PONG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Monday, April 13, 2015

Perfect Malaysia Open 2015

Pada 11 dan 12 April 2015, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) telah menganjurkan Perfect Malaysia Open yang telah diadakan di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur. Kejohanan ini diadakan sempena Hari Ping Pong Sedunia dan negara Malaysia turut meraikan hari yang diraikan ini dengan penuh meriah. 


Ramai di antara atlet murid MSSM telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dan beberapa orang atlet murid telah mendapat kejayaan yang cemerlang. Antara atlet murid yang berjaya adalah seperti berikut:


Kategori Wanita Top 16 Jemputan Khas

Lee Rou You - Johan 

Catherine Chan - Tempat Ke-3 

Amanda Wong - Tempat Ke-5 


Kategori Lelaki Top 16 Jemputan Khas


Leong Chee Feng - Tempat Ke-5

Wong Chun Cheun - Tempat Ke-5


Kategori Lelaki Terbuka

Lam Chee Yin - Johan

Ong Cheong Tze - Tempat Ke-3

Muhammad Syazwan - Tempat Ke-5

Chua Tzong Lin - Tempat Ke-5


Kategori Wanita Terbuka

Vivian Ng - Johan

Kuan E Xian - Naib Johan

Tey Ka Ying - Tempat Ke-3

Alice Chang Li Sian - Tempat Ke-5


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!


No comments:

Post a Comment