Jom Jalan-jalan...

Kota Sultan Ismail Petra
![]() |
Pintu Gerbang atau Menara Rehal di Kota Sultan Ismail Petra, mercu bandar Kota Bharu |
Padang Merdeka
Padang Merdeka yang sekarang ini dijadikan lokasi perarakan dan upcara rasmi. Dahulunya ia dikenali sebagai Padang Bank. Terdapat tugu peringatan perang dunia pertama.
Istana Balai Besar

Istana Balai Besar inilah kediaman rasmi Sultan Kelantan dahulu. Tahun wujudnya bandar Kota Bharu sama dengan pembinaan istana ini iaitu pada tahun 1844. Sekarang ini, istana ini tidak lagi menjadi kediaman rasmi Sultan Kelantan, tetapi masih digunakan jika ada upacara dan adat istiadat rasmi DiRaja.
IIstana Jahar

Istana Jahar yang dahulunya sebuah istana kediaman Sultan. Sekarang ini ia sudah menjadi Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan. Istana ini mempunyai warisan seni bina Melayu yang indah dan unik
Bank Kerapu

Bank Kerapu yang sekarang ini dijadikan memorial peperangan. Terdapat pelbagai bahan pameran perang seperti gambar-gambar, artikel serta artifak bersejarah
Bank Pitis

Bank Pitis, pitis adalah matawang Kelantan pada zaman dahulu. Sekarang ini pun masih ramai yang menggunakan perkataan pitis yang bermaksud wang
Muzium DiRaja

Istana Batu – Muzium DiRaja
Kampung Kraftangan

Terdapat pelbagai warisan seni dan ukiran di Kampung Kraftangan ini. Dalam Kampung Kraftangan ini juga terdapat Muzium Kraftangan.
Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi adalah antara masjid tertua dan terkenal di Kelantan. Bagi yang beragama Islam, boleh berehat dan solat di sini apabila penat berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Menara Tinjau Tambatan DiRaja

Menara Tambatan DiRaja terletak di tepi sungai Kelantan. Bayaran dikenakan untuk naik atas.
Nice...
ReplyDeletepastikan kamu mengunjungi Indonesia bersama kami Dunia Wisata Tour Organizer
call 0341-456444
web www.duniawisataku.com
Enjoy travelling wit us!!
banyak paket wisata murah disini!