SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PING PONG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saturday, March 30, 2013

Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Ping Pong MSSM 2013


Kejohanan Ping Pong MSSM 2013 telah melabuhkan tirainya pada 29 Mac 2013 pada jam 4.30 petang. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zahari bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan diiringi oleh  Pn. Hjh. Rosnah bt. Hj. Wan Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan. Tahniah dan syabas kepada para pemain yang berjaya memenangi pingat. Ucapan setinggi penghargaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan selaku pengelola kejohanan, rakan penaja Ping Pong MSSM iaitu Hurricane, semua pegawai, atlet, ibu bapa dan orang perseorangan yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Ping Pong MSSM 2013. Syabas!




No comments:

Post a Comment