SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PING PONG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Wednesday, March 27, 2013

Kehadiran yang dinanti-nantikan


Van Kegemaran Sudah Sampai


Tidak dapat dinafikan bahawa Milo merupakan minuman kegemaran semua lapisan masyarakat, terutama atlet dan pegawai yang bertugas di venue kejohanan. Kehadiran Milo di lokasi dapat menceriakan hari setiap insan yang menikmatnya, terutamanya atlet yang letih bertanding dan pegawai yang penat bertugas. Minuman Milo dapat mengembalikan tenaga yang hilang di samping membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. 

Setiap hari minuman kegemaran ramai ini akan berada di lokasi kejohanan untuk 2 sesi, iaitu pagi dan petang. Van hijau telah kelihatan di venue seawal jam 9.00 pagi. 

Ucapan setinggi penghargaan kepada Milo yang merupakan penaja utama MSSM dan sentiasa berada di sisi kami. Syabas!

Seawal pukul 9.00 pagi lori Milo sudah berada di venue kejohanan

Beratur untuk mendapatkan minuman kegemaran

Staff Milo yang sentiasa ceria

No comments:

Post a Comment