Kursus Kepegawaian Ping Pong 2013 diadakan dari 8 hingga 11 Mei 2013 di Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang. Kursus telah dikendalikan oleh instruktor dari Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM), En. Tan Kheng Hong. Seramai 38 orang peserta dari semua negeri telah menyertai kursus ini.
Antara topik yang diliputi dalam kursus ini adalah Tugas Tournament Director (TD), Competition Manager (CM) dan Referi, Undang-undang ITTF (Bab 2 & 3), Tugas Jawatankuasa Kecil Kejohanan (Terms of Reference), Method Pertandingan, Undian dan Seeding, Undian Komputer, Scheduling and Control (Jadual Pertandingan), Racket Control, Knotty Problems (Penyelesaian Masalah).
Kursus dijalankan secara penyampaian teori, praktikal, perbincangan kumpulan, ujian, penyelesaian masalah secara berkumpulan dan pembentangan kumpulan.
No comments:
Post a Comment