SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PING PONG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Monday, January 25, 2016

Kejohanan Ping Pong MSSM 2016


Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Ping Pong MSSM untuk tahun 2016 akan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Maklumat Kejohanan Ping Pong MSSM 2016

Tarikh :

13 hingga 17 Mac 2016

Tempat :

Maktab Sultan Ismail

SMK(A) Naim Lilbanat


JUMPA DI SANA!!

Tuesday, June 2, 2015

Sukan Sea Ke - 28

MSSM mengucapkak Selamat Bertanding dan Selamat Maju Jaya kepada atlet murid yang mewakili Malaysia ke Sukan SEA Ke-28 di Singapura.. Malaysia Boleh!









Wednesday, May 20, 2015

Training in China

Sebagai persediaan bagi menghadapi Sukan SEA Ke 28 yang akan berlangsung pada 5 hingga 16 Jun 2015 di Singapura, pasukan Ping Pong Malaysia kini sedang menjalani latihan di negara China. Antara atlet murid yang terlibat dengan latihan di China adalah Leong Chee Feng, Wong Chun Cheun, Lee Rou You dan bekas atlet murid SSBJ iaitu Muhammad Ashraf Haiqal dan Ho Ying. Semoga latihan intensif di Hebei Zheng Ding Center akan memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada semua pemain justeru meningkatkan mutu permainan bagi menghadapi pertandingan akan datang. 










Wednesday, May 13, 2015

2015 Thailand Junior and Cadet Open

Pasukan Malaysia yang terdiri daripada atlet murid kita kini sedang berada di Bangkok, Thailand untuk menyertai Kejohanan Thailand Junior and Cadet Open yang berlangsung dari 13 hingga 17 Mei 2015.

Atlet murid yang mewakili negara untuk kejohanan ini adalah:

Lelaki
Lam Chee Yin
Choong Javen
Ong Cheong Tze
Muhammad Syazwan

Perempuan
Lim Yi Wen
Amanda Wong
Tey Ka Ying

Semoga atlet murid kita cemerlang di kejohanan tersebut dan membawa balik pingat bagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.


Dari kiri: Syazwan, Ka Ying, Amanda, Yi Wen, Javen, Chee Yin dan Cheong Tze






Monday, May 11, 2015

Happy Mother's Day

Wishing all mothers of our players a very Happy Mother's Day.. May God Bless our  Mothers Always... 


Wednesday, April 29, 2015

QOROS 2015 WTTC

Lee Rou You telah memenangi kesemua perlawanan dalam Kumpulan 18, justeru melayakkan diri ke main draw yang terdiri daripada 128 pemain terbaik. Syabas diucapkan!