Ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan khas kepada PTPS MSSM dan semua PTPS MSSN yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang Kejohanan Ping Pong MSSM 2014. Jasamu sentiasa dikenang.
Ucapan setinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku pengelola kejohanan, ahli-ahli jawatankuasa pengelola, PTPS MSSM dan MSSN, pengadil kejohanan, pegawai kejohanan, rakan penaja Ping Pong MSSM iaitu Milo dan Hurricane, pegawai kontinjen negeri, jurulatih, atlet, ibu bapa dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Ping Pong MSSM 2014. Syabas!