SELAMAT DATANG
Friday, August 12, 2016
5th ASTTC 2016 ~ Penyesuaian Gelanggang
Pasukan Malaysia telah diberi peluang untuk mengadakan latihan penyesuaian gelanggang pada pukul 8.00 hingga 9.00 malam di Toa Payoh Sports Hall, Singapura.
5th ASTTC 2016 ~ Pergerakan ke Singapura
Pasukan Ping Pong MSSM telah bertolak ke Singapura untuk menyertai 5th Asian Schools Table Tennis Championship 2016 pada 12 Ogos 2016, jam 9.00 pagi. Perjalanan dengan bas mengambil masa 5 jam dan pasukan telah sampai di Singapura pada pukul 2.30 petang.
Thursday, August 11, 2016
5th ASTTC 2016 ~ Majlis Penyerahan Jalur Gemilang
Majlis Penyerahan Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh Encik Zainal Abas, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan KPM pada 11 Ogos 2016, jam 4.00 petang di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Ucapan telah disampaikan oleh Encik Muhd Nuzulhan, Pengurus Pasukan dan Encik Zainal Abas. Muhd Syazwan pula telah mengetuai Bacaan Ikrar Atlet. Jalur Gemilang seterusnya telah disampaikan kepada Pengurus Pasukan oleh Encik Zainal Abas.
5th ASTTC 2016 ~ Latihan Pusat
Latihan Pusat sebagai persediaan bagi menyertai 5th Asian Schools Table Tennis Championship 2016 telah bermula pada 8 Ogos sehingga 11 Ogos 2016. Latihan telah dijalankan di Gymnasium 3, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
5th Asian Schools Table Tennis Championship 2016
5th Asian Schools Table Tennis Championship (ASTTC) 2016 akan berlangsung pada 12 hingga 19 Ogos 2016 di Singapura.
Pemain-pemain yang terpilih untuk kejohanan ini adalah:
Lelaki ~
Muhd Syazwan, Ong Cheong Tze, Derrick Tsai, Gabriel Ling, Ng Chong Guan dan Tham Wai Lok
Perempuan ~
Alice Chang, Tey Ka Ying, Karen Lynn Dick, Crystal Tiong, Kuan Exian dan Vivian Ng
Pengurus Pasukan ~ En. Muhd Nuzulhan
Jurulatih ~ En. Tay Yong Kun dan Pn. Ong Siew Loon
Pengadil ~ En. Kabilan
Subscribe to:
Posts (Atom)





























