SELAMAT DATANG
Friday, March 13, 2015
Kronologi Kejohanan Ping Pong MSSM 2015
Pada tahun 2015, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, khususnya Unit Sukan JPWPKL telah diberi penghormatan untuk menganjurkan empat (4) jenis Kejohanan MSSM. Setinggi penghargaan diucapkan kepada JPWPKL kerana sudi menerima tanggungjawab sebagai tuan rumah Kejohanan Ping Pong, Boling Tenpin, Bola Keranjang dan Gimrama MSSM 2015.
Berikut adalah Kronologi Kejohanan Ping Pong, Boling Tenpin, Bola Keranjang dan Gimrama MSSM 2015 yang akan bermula hari ini, 13 Mac 2015 (Jumaat). Kepada semua kontinjen,
SELAMAT DATANG KE KUALA LUMPUR
Tuesday, March 10, 2015
Sunday, March 8, 2015
Venue Kejohanan Ping Pong MSSM 2015
Pasukan PTPS Ping Pong telah membuat lawatan ke venue Kejohanan Ping Pong MSSM 2015 pada 8 Mac 2015 (Ahad). Pada tahun ini, Kejohanan Ping Pong MSSM 2015 akan diadakan di Kompleks MSN Setiawangsa, Kuala Lumpur. Dewan pertandingan di Aras 1 boleh memuatkan 12 buah meja ping pong pertandingan. 2 buah meja latihan akan ditempatkan di Aras 1. Kompleks MSN ini juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang, padang, trek, bilik seminar dan kemudahan asas seperti tandas, bilik persalinan dan surau.
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Ping Pong MSSM 2015
Satu mesyuarat penyelarasan Kejohanan Ping Pong MSSM 2015 telah diadakan pada 8 Mac 2015 (Ahad) di Unit Sukan JPWP Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Nur Asmara Diana Abdullah, Penyelaras Ping Pong MSSM dengan kehadiran Encik Lee Su Hau, PTPS Ping Pong MSSM, Encik Ting Sing Ho, PTPS WPKL, Encik Teoh Jun Yong, PTPS NS, Encik Tay Yong Koon, PTPS Selangor dan Encik Sek Yong Kian, PTPS Melaka.
Thursday, February 26, 2015
Tuesday, February 17, 2015
Pengumuman
Perubahan Tempat Kejohanan Ping Pong MSSM 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa penganjur Kejohanan Ping Pong MSSM 2015 telah berubah dari JPN Sarawak kepada JPWP Kuala Lumpur. Justeru, Kejohanan Ping Pong MSSM 2015 akan diadakan di Kuala Lumpur.
Maklumat Kejohanan Ping Pong MSSM 2015 adalah seperti berikut:
Tarikh : 15 - 19 Mac 2015
Tempat : Kompleks Sukan MSN
Setiawangsa, Kuala Lumpur
Subscribe to:
Posts (Atom)


















