Sebagai persediaan bagi menghadapi Sukan SEA Ke 28 yang akan berlangsung pada 5 hingga 16 Jun 2015 di Singapura, pasukan Ping Pong Malaysia kini sedang menjalani latihan di negara China. Antara atlet murid yang terlibat dengan latihan di China adalah Leong Chee Feng, Wong Chun Cheun, Lee Rou You dan bekas atlet murid SSBJ iaitu Muhammad Ashraf Haiqal dan Ho Ying. Semoga latihan intensif di Hebei Zheng Ding Center akan memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada semua pemain justeru meningkatkan mutu permainan bagi menghadapi pertandingan akan datang.
SELAMAT DATANG
Wednesday, May 20, 2015
Wednesday, May 13, 2015
2015 Thailand Junior and Cadet Open
Pasukan Malaysia yang terdiri daripada atlet murid kita kini sedang berada di Bangkok, Thailand untuk menyertai Kejohanan Thailand Junior and Cadet Open yang berlangsung dari 13 hingga 17 Mei 2015.
Atlet murid yang mewakili negara untuk kejohanan ini adalah:
Lelaki
Lam Chee Yin
Choong Javen
Ong Cheong Tze
Muhammad Syazwan
Perempuan
Lim Yi Wen
Amanda Wong
Tey Ka Ying
Semoga atlet murid kita cemerlang di kejohanan tersebut dan membawa balik pingat bagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Dari kiri: Syazwan, Ka Ying, Amanda, Yi Wen, Javen, Chee Yin dan Cheong Tze |
Monday, May 11, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)