SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PING PONG MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saturday, March 30, 2013

Johan Keseluruhan Kejohanan Ping Pong MSSM 2013


Johan Keseluruhan - Negeri Selangor

Keputusan Keseluruhan

Wajah-wajah JUARA


Choong Javen (Kuala Lumpur)
Johan Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun

Kuan E Xian (Selangor)
Johan Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun

Foo Dunley (Selangor)
Johan Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun

Chua Wan Zhen (Kuala Lumpur)
Johan Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun




Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Ping Pong MSSM 2013


Kejohanan Ping Pong MSSM 2013 telah melabuhkan tirainya pada 29 Mac 2013 pada jam 4.30 petang. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zahari bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan diiringi oleh  Pn. Hjh. Rosnah bt. Hj. Wan Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan. Tahniah dan syabas kepada para pemain yang berjaya memenangi pingat. Ucapan setinggi penghargaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan selaku pengelola kejohanan, rakan penaja Ping Pong MSSM iaitu Hurricane, semua pegawai, atlet, ibu bapa dan orang perseorangan yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Ping Pong MSSM 2013. Syabas!




Upacara Penyampaian Hadiah


Berpasukan Perempuan Bawah 12 Tahun

Johor
Kuala Lumpur
Sabah
Sarawak
Berpasukan Lelaki Bawah 12 Tahun


Pulau Pinang
Johor
Selangor
Kuala Lumpur
Berpasukan Perempuan Bawah 18

Sarawak

Kedah
Selangor
Kuala Lumpur
Berpasukan Lelaki Bawah 18


Perak
Kuala Lumpur
Sarawak
Selangor

Johan Acara Berpasukan Ping Pong MSSM 2013


Johan Berpasukan Lelaki Bawah 18 Tahun - Selangor

Johan Berpasukan Perempuan Bawah 18 Tahun - Kuala Lumpur

Johan Berpasukan Lelaki Bawah 12 Tahun - Kuala Lumpur

Johan Berpasukan Perempuan Bawah 12 Tahun - Sarawak


Friday, March 29, 2013

Keputusan Rasmi Kejohanan Ping Pong MSSM 2013















































Acara Perseorangan Peringkat Akhir Ping Pong MSSM 2013



Acara Perseorangan Peringkat Akhir
Kejohanan Ping Pong MSSM 2013

        Tarikh    :       29 Mac 2013 (Jumaat)
                Masa      :        3.00 petang
                Tempat   :       Dewan MSSK, Jalan Telipot, 
                                        Kota Bharu


Perseorangan Lelaki Bawah 18 tahun

Foo Dunley (Selangor) lwn Wong Chun Cheun (Kuala Lumpur)


Perseorangan Perempuan Bawah 18 tahun

Joybe Ting Ping (Selangor) lwn Chua Wan Zhen (Kuala Lumpur)


Perseorangan Lelaki Bawah 12 tahun

Choong Javen (Kuala Lumpur) lwn Wong Wong Min On (Selangor)


Perseorangan Perempuan Bawah 12 tahun

Kuan E Xian (Selangor) lwn Tan Tze Yen (Kuala Lumpur)


"DATANGLAH DAN SAKSIKAN BERAMAI-RAMAI"


Kronologi Majlis Penutup Rasmi Kejohanan Ping Pong MSSM 2013



Majlis Penutup Rasmi 
Kejohanan Ping Pong MSSM 2013

        Tarikh    :       29 Mac 2013 (Jumaat)
                Masa      :        3.00 petang
                Tempat   :       Dewan MSSK, Jalan Telipot, 
                                        Kota Bharu


Jadual Pertandingan Hari Kelima


Kejohanan Ping Pong MSSM 2013

        Tarikh    :       29 Mac 2013 (Jumaat)
                Masa      :        8.30 pagi hingga 4.00 petang
                Tempat   :       Dewan MSSK, Jalan Telipot, 
                                        Kota Bharu

Hari ini merupakan hari terakhir Kejohanan Ping Pong MSSM 2013. Kesemua acara yang dipertandingkan adalah acara perseorangan dari 16 pemain terakhir sehingga ke acara akhir pada pukul 3.00 petang ini.


Thursday, March 28, 2013

Keputusan Rasmi Acara Berpasukan Ping Pong MSSM 2013


Jadual Pertandingan Hari Keempat




Kejohanan Ping Pong MSSM 2013

        Tarikh    :       28 Mac 2013 (Khamis)
                Masa      :        8.30 pagi hingga 5.30 petang
                Tempat   :       Dewan MSSK, Jalan Telipot, 
                                        Kota Bharu

Acara yang dipertandingkan pada hari ini adalah acara perseorangan untuk semua kategori





Aksi Pemain Bergu Peringkat Akhir



Johan - Foo Dunley / Mohd Hashri Fikri (Selangor)
Naib Johan - Ng Wen Shen / Lim Swee Aun (Pulau Pinang)
Johan - Lim Ja Ja / Joybe Ting Ping (Selangor)  
Naib Johan - Lau Xin Yi / Cindy Yong Xin Yee (Kedah)
Johan - Choong Javen / Ngai Qi An (Kuala Lumpur)
Naib Johan - Lee Yong Ning / Chew Zi Khang (Johor)
Johan - Kuan E Xian / Chin Pui Yie (Selangor)
 Naib Johan - Joan Chung Yi Yang / Elicia Tsai Xin Ni (Sarawak)


Wednesday, March 27, 2013

Keputusan Rasmi Acara Bergu Ping Pong MSSM 2013



Keputusan Acara Bergu

Kejohanan Ping Pong MSSM 2013

Bergu Lelaki Bawah 18 tahun

Johan - Foo Dunley / Mohd Hashri Fikri (Selangor)
Naib Johan - Ng Wen Shen / Lim Swee Aun (Pulau Pinang)
Tempat Ketiga - Ng Chen Yeat / Tan Zan Boon (Perak)
Tempat Keempat - Leong Chee Feng / Sung Eng Jen (Selangor)


Bergu Perempuan Bawah 18 tahun


Johan - Lim Ja Ja / Joybe Ting Ping (Selangor)  
Naib Johan - Lau Xin Yi / Cindy Yong Xin Yee (Kedah)
Tempat Ketiga - Chua Wan Zhen / Ashley Koh (Kuala Lumpur)
Tempat Keempat - Loh Qiao Xin / Joanne Chin Tze En (Sabah)


Bergu Lelaki Bawah 12 tahun


Johan - Choong Javen / Ngai Qi An (Kuala Lumpur)
Naib Johan - Lee Yong Ning / Chew Zi Khang (Johor) 
Tempat Ketiga - Wong Min On / Sam Yuk Song (Selangor)
Tempat Keempat - Amirul Razif / Lim Wok Zhou (Kedah)


Bergu Perempuan Bawah 12 tahun


Johan - Kuan E Xian / Chin Pui Yie (Selangor)
Naib Johan - Joan Chung Yi Yang / Elicia Tsai Xin Ni (Sarawak)
Tempat Ketiga - Tan Zhe Yan / Lier Yi Xin (Kuala Lumpur)
Tempat Keempat - Wendy Ong Che Yee / Ko Xin Jie (Kedah)


     " TAHNIAH KEPADA PEMAIN YANG BERJAYA "


Tempat Menarik di Kota Bharu



Jom Jalan-jalan...



Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra
Pintu Gerbang atau Menara Rehal di Kota Sultan Ismail Petra, mercu bandar Kota Bharu

Padang Merdeka

      Padang Merdeka

Padang Merdeka  yang sekarang ini dijadikan lokasi perarakan dan upcara rasmi. Dahulunya ia dikenali sebagai Padang Bank. Terdapat tugu peringatan perang dunia pertama.
Istana Balai Besar
Pintu Kota Istana Balai Besar
Istana Balai Besar inilah kediaman rasmi Sultan Kelantan dahulu. Tahun wujudnya bandar Kota Bharu sama dengan pembinaan istana ini iaitu pada tahun 1844.  Sekarang ini, istana ini tidak lagi menjadi kediaman rasmi Sultan Kelantan, tetapi masih digunakan jika ada upacara dan adat istiadat rasmi DiRaja.
IIstana Jahar
Istana Jahar - Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan
Istana Jahar yang dahulunya sebuah istana kediaman Sultan. Sekarang ini ia sudah menjadi Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan. Istana ini mempunyai warisan seni bina Melayu yang indah dan unik

Bank Kerapu

Bank Kerapu - Muzium Perang
Bank Kerapu yang sekarang ini dijadikan memorial peperangan. Terdapat pelbagai bahan pameran perang seperti gambar-gambar, artikel serta artifak bersejarah

Bank Pitis

Bank Pitis
Bank Pitis, pitis adalah matawang Kelantan pada zaman dahulu. Sekarang ini pun masih ramai yang menggunakan perkataan pitis yang bermaksud wang

Muzium DiRaja

Muzium DiRaja
Istana Batu – Muzium DiRaja

Kampung Kraftangan

Kampung Kraftangan
Terdapat pelbagai warisan seni dan ukiran di Kampung Kraftangan ini. Dalam Kampung Kraftangan ini juga terdapat Muzium Kraftangan. 

Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi
Masjid Muhammadi adalah antara masjid tertua dan terkenal di Kelantan. Bagi yang beragama Islam, boleh berehat dan solat di sini apabila penat berjalan-jalan di kawasan sekitar.

Menara Tinjau Tambatan DiRaja

Menara Tambatan DiRaja
Menara Tambatan DiRaja terletak di tepi sungai Kelantan. Bayaran dikenakan untuk naik atas.

Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Pantai Cahaya Bulan
Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja. Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses. 

Pasar Siti Khadijah 

pasar_siti_khadijah_featured2
Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat. Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

IMG_7179
Sebut sahaja pasar malam Wakaf Che Yeh, pasti terbayang pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini

"KENALILAH NEGERI KELANTAN YANG INDAH"